AkuTakMampu



Aku bukan Tuhan.
boleh campak hidayah free free
boleh sayang kau laju laju
boleh buai kau tinggi tinggi
boleh kepit dengan kau macam chopstick

atau kata lain nya

aku tak mampu,
aku tak mampu pimpin kau dalam bahagia aku
aku tak mampu kesat sisa begenang pada mata kau
aku tak mampu tenangkan luluh jiwa kau
aku tak mampu pinjamkan satu per dua jiwa aku untuk kau

kita berjalan pada arah yang berbeda
tapi destinasi kita tetap serupa

biar aku terus susuri jalan aku
dan kau teruskan berjalan di jalan kau
biarkan terus ada sempadan di antara kita

cuma satu.
satu peringatan mungkin
buat kau dan aku

Fikir dalam dalam.
Perah ketat ketat.
Hati ni milik siapa?
kehidupan ni siapa punya?

5.19am
Mcd Cheng

SENIKATAWATI



TinggiRendah

Kerana dalam matamu aku terimbas Tuhan-
hampir.

Kerana tudung labuhmu yang ranum dicumbu mentari,
tudung labuhmu yang menari disiul bayu,
aku jadi hendak tahu-
apa kau tidak panas?
Apa kau tidak peluh?
Apa kau tidak serabut kepalamu dibalut bak bayi dibedung?

Di balik mekarnya senyummu tanpa dibaja gincu,
aku hidu bahagia,
aku baca redha.

Aku jadi hendak tahu-
apa kau tidak teringin bebas bermain?
Apa kau tidak teringin gaya terkini?
Apa kau tidak teringin wajah mulusmu dihias warni?

Di balik rendahnya penampilanmu dan tingginya penyerahanmu,
aku jadi kagum.

Hebat mahumu pada syurga yang belum ternampak,
hingga buta pada dunia yang di kanan-kiri terlambak.

source : WaniArdy

HERO LAGI (:


incik adnan, my superheroeverafta


teringat
bila asthma selalu datang singgah
kau la satu satunya insan
yang bepeluh peluh saat ku tecungap
oksigen tak mampu lagi ketuk dada ku
kelam kabut kau menyalin persiapan
papah aku , pegang tangan ku, erat
bedesup ke hospital
sanggup besengkang mata
tika ku enak tido
dalam keadaan gas keluar masok liang dada ku

Ya Allah,
Segala gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah. hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda. Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin

iloveutillforeverendsdad.