DuhaiDiri




Duhai diri,

Berjalanlah dengan satu harapan 
walau hidup tak selalu bahagia 

Sedekahkanlah satu senyuman 
walau dihati tak lagi mampu betahan 

Belajarlah memaafkan 
walau diri terluka

Hiduplah dalam iman 
walau hari dipenuhi godaan

Berpeganglah pada Allah-- 
walau Dia tak kelihatan

EnshaAllah . #copypaste

Ego


Siapa kita?
Begitu payah untuk memaafkan?

Egonya kita
Tak sedar terlanjur menumpang hak-Dia

MonologHati


At-Tahrim (8)

Ya Allah

Jika dosa ini
boleh dibayar dengan harta
Maka, kikiskan--

Jika dosa ini
boleh dibayar dengan kudrat
Maka, perahkan--

Jika dosa ini
boleh dibayar dengan sihat
Maka, lelahkan--

Jika dosa ini
boleh dibayar dengan masa
Maka, ranapkan--

Dan jika dosa ini
boleh dibayar dengan kesayangan
Maka, tarik lah--

Apa sahaja, apa sahaja Ya Rabb
Tapi tidak kehidupan selepas nyawaku

Itu,

Aku tewas

Maka sungguh,
balasan-Mu itu benar :(