AnakKecik Dan Gadis



Desa Water Park – mandi-manda, orang ramai.


Gadis bersama teman temannya sedang berehat makan selepas penat bermandian. Dari jauh sepasang mata kecil memerhatikan si Gadis dan teman lelakinya (kawan. teman itu boleh membawa banyak masuk kan?). Anak kecil itu khusyuk memerhati sepasang manusia itu, tanpa endahkan persekitarannya. Tangan moleknya taat menggenggam beberapa gula lolipop miliknya. Mak kepada anak kecil kecil itu sibuk memberi makan kepada anak-anaknya yang lain. Tika itu, anak kecil itu menuju ke gadis tersebut dan memberi sebatang gula lolipop miliknya. Gadis terkejut. Juga teman lelakinya. Juga teman-teman yang lain. Gadis hanya mengambil dengan senyuman terukir di bibir. Anak lelaki itu berlalu meluru ke maknya.

Sebelum mereka pulang, gadis dan teman lelakinya menuju ke anak kecil tadi-yang bersama keluarganya. Gadis memulangkan gula lolipop itu kepada maknya.


Mak Anak Kecil : Eh ? (muka keliru)
Gadis : Tadi anak mak cik yang bagi.
Mak Anak Kecil : (gelak) Oh, anak mak cik ini memang suka bagi gula kat perempuan yang dia suka.
Gadis dan teman lelaki : (terkejut dan gelak)
Mak Anak Kecil : (senyum) Kamu berdua adik beradik ke?
Gadis : (tergelak) ini pak cik saya.
Teman Lelaki : (gelak juga) Ini nenek saya.
Mak Anak Kecil : (senyum) Kamu mat rempit eh ? (dituju pada teman lelaki)
Teman Lelaki : (terkejut dan dengan nada agak bengang) Eh, tak la! Mana ada. Saya bukan mat
rempit.
Mak Anak Lelaki : Yang teruna suka cari yang dara. Tapi yang teruna ini masih teruna ke?
Gadis dan teman lelaki : (terkejut)
Teman Lelaki : (lantas menjawab) Mak cik ini teruna ke ?!


Teman lelaki berkata kecil kepada gadis, 'Na aku tunjuk ke teruna lagi ke tak' . 

Boleh tahan juga mak cik ni ye. Tapi, cuba kita tengok balik perangai anak kecilnya (lelaki). Baru 2 tahun dah pandai memilih.


#Throwback

AkuCuba



Aku cuba

Dalam rasa paling terpaksa, aku cuba

Dalam kalut paling serabut, aku masih cuba

Dalam tangis paling terhiris, aku tetap cuba

Dan dalam diam paling terbenam, aku masih-tetap cuba


pinjam ya Eqah-gan :)

SuaraJiwa




Aku ta layak. Ta layak punya sahabat seperti kau. Aku ta berhak simpan kau dalam poket lusuh aku. Aku ta punya sebab untuk terus bangga genggam permata seperti kau. Aku ta mampu tanggung tinggi rindu kau untuk aku. Aku, aku kotor, aku jijik, aku busuk. Imanku sebesar kuman. Hatiku disiram badai gelap, malam, pekat--

Tapi, kau. Kau tetap disini. Senyum jujur kau. Tanda kau setia tunggu aku. Tanda kau ta pernah kisah apa warna jiwa aku. Tanda kau sedia dengan apa sahaja cerita malapetaka aku. Dan aku, aku masih tamak. Tamak mahukan teman seperti kau.

Yer, aku masih perlukan kau. Sangat amat perlu. Kau, wahai bidadari suci indah bak malaikat. Gapai tangan aku. Pegang erat jiwa luluh aku. Bawak aku jauh. Jauh dari daki dunia yang dusta. Aku mohon. Ulang. Aku mohon


TerkatupBicara


Maaf 
kalau aku
kurang sensitive dengan banyak benda
kurang ambil tahu keliling dunia
selalu buat apa sahaja yang aku fikir nak buat
tak dapat penuhi kehendak para manusia
pernah taburkan janji seindah syurga
dan buat banyak hati teluka

dan

Maaf
kalau sebab aku,

kau bukan kau yang dulu