SENIKATAWATI



TinggiRendah

Kerana dalam matamu aku terimbas Tuhan-
hampir.

Kerana tudung labuhmu yang ranum dicumbu mentari,
tudung labuhmu yang menari disiul bayu,
aku jadi hendak tahu-
apa kau tidak panas?
Apa kau tidak peluh?
Apa kau tidak serabut kepalamu dibalut bak bayi dibedung?

Di balik mekarnya senyummu tanpa dibaja gincu,
aku hidu bahagia,
aku baca redha.

Aku jadi hendak tahu-
apa kau tidak teringin bebas bermain?
Apa kau tidak teringin gaya terkini?
Apa kau tidak teringin wajah mulusmu dihias warni?

Di balik rendahnya penampilanmu dan tingginya penyerahanmu,
aku jadi kagum.

Hebat mahumu pada syurga yang belum ternampak,
hingga buta pada dunia yang di kanan-kiri terlambak.

source : WaniArdy