At-Tahrim (8)
Ya Allah
Jika dosa ini
boleh dibayar dengan harta
Maka, kikiskan--
Jika dosa ini
boleh dibayar dengan kudrat
Maka, perahkan--
Jika dosa ini
boleh dibayar dengan sihat
Maka, lelahkan--
Jika dosa ini
boleh dibayar dengan masa
Maka, ranapkan--
Dan jika dosa ini
boleh dibayar dengan kesayangan
Maka, tarik lah--
Apa sahaja, apa sahaja Ya Rabb
Tapi tidak kehidupan selepas nyawaku
Itu,
Aku tewas
Maka sungguh,
balasan-Mu itu benar :(