SeparuhNotaYangHilang


Hari itu
lelaki itu
membaca itu
berkata ini

mana pergi kata bahagia
mana pergi calit senyuman
masakan semua entry berbau hitam pedih
masakan hari hari kau bersama udara suram 

ahh
bila berbunga dilabel bercinta
bila berduka dilabel terseksa

jiwa ta pernah diam lah
hati ta pernah padam
mata ta pernah kelam
tangan sahaja berhenti men-spam

*tarik nafas panjang*

nak tahu ta?

kadangkan,
satu kuntum comel tu
sengaja diselitkan
celah telinga
dan selebihnyaaa
biarlah rapat
ke dada :)

Pehe dok?





LupaJalanKeSyurga



Hei gadis !

mana pergi?

mana pergi kata yakin kau dulu
mana pergi luahan sesal kau dulu
mana pergi bendera putih tanda kau lemah dulu
mana pergi benda sial yg keluar dari anak mata kau dulu


mana?
mana?
mana?

Heh.

sekelip mata ko lupa
sekilas pandang ko alpa

apa kau rasa sudah cukup?
cukup dengan iman yang suku inci tebal nya?

hey c'mon la
iman ibarat laut tahu
kejap pasang kejap surut
kejap kering kejap penuh

dah tu apa perlu kau buat?
apa?
masih berfikir?

duhh!

sujud lah .
cium sejadah kau

mohon Allah terima kealpaan kau
mohon Allah peluk kembali hati kau
mohon Allah pegang erat iman kau

Ok? :)

KisahLelah

4.45 pm
Meja makan rumah


sayang, 
jangan pernah berhenti
berhenti dari melagukan keseduan awak
berhenti dari merintih kisah lelah awak
berhenti dari setiap nafas indah awak

Dia campak kesedihan dalam diri awak
sebab Dia Maha Tahu
awak akan cari Dia
awak akan kembali padaNya

waktu waktu bila awak sedih
waktu waktu bila awak kosong
waktu waktu bila awak tiada siapa

bukan? (:

Segala puji bagi Allah .