AkuCuba



Aku cuba

Dalam rasa paling terpaksa, aku cuba

Dalam kalut paling serabut, aku masih cuba

Dalam tangis paling terhiris, aku tetap cuba

Dan dalam diam paling terbenam, aku masih-tetap cuba


pinjam ya Eqah-gan :)

SuaraJiwa




Aku ta layak. Ta layak punya sahabat seperti kau. Aku ta berhak simpan kau dalam poket lusuh aku. Aku ta punya sebab untuk terus bangga genggam permata seperti kau. Aku ta mampu tanggung tinggi rindu kau untuk aku. Aku, aku kotor, aku jijik, aku busuk. Imanku sebesar kuman. Hatiku disiram badai gelap, malam, pekat--

Tapi, kau. Kau tetap disini. Senyum jujur kau. Tanda kau setia tunggu aku. Tanda kau ta pernah kisah apa warna jiwa aku. Tanda kau sedia dengan apa sahaja cerita malapetaka aku. Dan aku, aku masih tamak. Tamak mahukan teman seperti kau.

Yer, aku masih perlukan kau. Sangat amat perlu. Kau, wahai bidadari suci indah bak malaikat. Gapai tangan aku. Pegang erat jiwa luluh aku. Bawak aku jauh. Jauh dari daki dunia yang dusta. Aku mohon. Ulang. Aku mohon


TerkatupBicara


Maaf 
kalau aku
kurang sensitive dengan banyak benda
kurang ambil tahu keliling dunia
selalu buat apa sahaja yang aku fikir nak buat
tak dapat penuhi kehendak para manusia
pernah taburkan janji seindah syurga
dan buat banyak hati teluka

dan

Maaf
kalau sebab aku,

kau bukan kau yang dulu